Monday, 29 October 2012

cantik-cantik juga tapi biar mematuhi syariat



CANTIK! WANITA mana yang tidak mahu tampil cantik? semua mahu kan. kan3? tp mematuhi syariat ke?? Di zaman moden ini, bagi segelintir wanita, penampilan cantik dan menarik, memang menjadi prioriti atau letak di tangga teratas. Meskipun, kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif nilaiannya.setuju?


Boleh dikatakan pelbagai cara sanggup dilakukan demi memiliki kecantikan yang ideal. Bukan sahaja ke salon kecantikan, mengunakan aneka kosmetik, mengenakan pakaian berjenama, bahkan sehingga sanggup menjalani pelbagai jenis pembedahan, waima ada antara kaedah tersebut membahayakan diri serta mengundang dosa.


Yang pastinya, soal kecantikan memang tidak dapat dipisahkan daripada kamus hidup setiap yang bergelar wanita, apatah lagi cantik itu adalah fitrah manusia. Lantaran itu, tidak hairanlah jika kita lihat kaum lelaki era moden ini juga semakin prihatin berkaitan penampilan diri dari segi lahiriah. (kebanyakkan la) bukan semua yer.. =='



Pun begitu, perlu diingat bahawa kecantikan juga adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah SWT. Bagi yang menggunakannya sesuai tuntutan agama, dia akan menjadi orang yang beruntung. Dan bagi yang menggunakannya di jalan yang salah, sangatlah merugikan dan berdosa.


Umat Islam terutamanya, kaum wanita Muslim di negara ini pernah dikejutkan dengan isu suntikan Botox untuk tampak lebih cantik. tetapi Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan penggunaan kaedah ini yang diyakini mengubah kejadian Allah, sekali gus menyimpang daripada ajaran Islam yang syumul. Hakikatnya, bukannya mudah untuk menegah atau menghentikan serta-merta sesuatu yang agak sudah sebati dalam dunia kecantikan ini.Apa lagi, golongan yang sanggup berhabis ribuan ringgit dan menolak hukum Allah SWT hanya semata-mata untuk kelihatan cantik adalah orang Islam itu sendiri. sebenarnya, apa yang kita lakukan sekarang ini, semua di luar jangkaan. 


cantik hanya luaran,dalaman?


Pada saya diri ini adalah anugerah dan kurniaan Allah SWT dan milik-Nya. Jadi apabila kita gunakan ia ke jalan kebaikan, sudah pasti rezeki pemberian Allah SWT kepada kita datang mencurah-curah.so,xperlu lah mengejar kecantikan, bersyukurlah apa yang kita ada.. :)




#pesanan kepada diri sendiri and sekalian umat

1 comment: